Pada waktu pagi, saya dan rakan-rakan membantu En. Indra melipat dan melekat packaging pendrive untuk projek Spice Arena, Penang. Setelah selesai menyiapkan packaging pendrive tersebut kami diminta untuk menyusun dan mengira semula packaging supaya tidak ada yang tercicir dan kiraan packaging sebanyak 200 kotak packaging. Selepas itu, En. Azeem memanggil saya untuk berjumpa, beliau memilih design membership card CDH saya dan meminta saya menyubah sedikit kedudukan dan tulisan pada design card. Setelah siap, beliau menyuruh saya mencetak keluar design membership card tersebut dalam saiz asal kad dan beri kepada beliau. Pada waktu petang pula, saya dipanggil untuk berjumpa dengan En Saiful di pejabatnya. Beliau melihat webblog yang saya hasilkan dan meminta saya memperbetulkan ejaan pada penulisan blog saya dan tajuk. Selain itu beliau meminta saya mengubah pages artwork CDH seperti memecahkan setiap design menjadi beberapa kategori supaya pengunjung lebih senang untuk melihat dan mengetahui kerja-kerja yang saya hasilkan di CDH.
Comments
Saya mendapat tugasan baru dari En. Saiful untuk menghasilkan broucher dan banting untuk promosi CDH. Tugasan tersebut memerlukan kerja kumpulan dan kumpulan saya mempunyai 4 orang iaitu Miza, Yana, Sarah dan saya. Saya membuat beberapa kajian tetang broucher dan banting yang sesuai untuk tujuan promosi CDH. Pada waktu petang, kami semua dipanggil ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat tentang projek-projek yang sedang dijalankan oleh CDH dan status projek-projek tersebut. Saya menyambung menghasilkan design slide powerpoint presentation USM. Slide tersebut mempunyai 3 bahagian didalam satu design iaitu Opening, Content dan Ending. Seterusnya saya update gambar di dalam blog dan mencari gambar-gambar sepanjang latihan industri didalam 'cloud CDH' dalam file stock photo CDH. Selain itu saya memuat naik gambar-gambar artwork saya sepanjang menjalani latihan industri di CDH. Saya mendapat tugasan baru dari En Saiful untuk menghasilkan design slide powerpoint presentation USM. Saya telah membuat beberapa kajian tentang layout powerpoint presentation dan mencari idea-idea yang menarik untuk membuat design layout sebelum mula merekabentuk. Saya di minta untuk menghasilkan 5 design layout powerpoint USM dan slide tersebut perlu dihantar pada 21 Februari 2017. Pada waktu petang, En Saiful meminta saya mengumpul dan menyusun hasil kerja yang telah saya buat dalam A4 dan berikan pada Pn. Shuhaila untuk di cetak keluar dan diberikan pada beliau. Saya terus meyambung membuat rekabentuk sijil penghargaan CDH dan sijil kehadiran CDH sehingga siap ke enam-enam rekabentuk sijil tersebut. Saya diminta untuk menghasilkan 3 jenis rekabentuk bagi sijil penghargaan CDH dan 3 jenis rekabentuk bagi sijil kehadiran CDH. Setelah siap, saya 'save' rekabentuk sijil-sijil tersebut dalam format jpeg dan menghantar sijil-sijil tersebut kepada En Saiful melalui email beliau. |
AuthorNabila Mohammad Archives
April 2017
Categories |