Hari ini saya menyambung menyunting video perpisahan Ustaz Md Yusof Abdul Rahim dengan menambah pantun dan gambar di hujung video tersebut. Saya menyunting video tersebut menggunakan perisian Adobe Premier cc 2017 dan selepas selesai menyunting saya export video tersebut di dalam format MP4.
Comments
Pada hari ini, saya diminta untuk membuat sedikit pembetulan pada video persaraan Ustaz Md Yusof Abdul Rahim seperti menambah pantun dan kata-kata pada akhir video tersebut. Selain itu, saya mengemaskini laporan harian di website blog dan mencari beberapa setem Malaysia sebagai rujukan saya untuk menghasilkan setem Universiti Sains Malaysia. Seterusnya saya cuba membuat rekabentuk setem tersebut dengan menggunakan lakaran bangunan di sekitar Universiti Sains Malaysia. Hari ini, saya dan rakan praktikal lain diminta untuk ke bilik mesyuarat dan kami diberikan penerangan tentang perancangan masa hadapan dan cara untuk menguruskan kewangan apabila mula bekerja oleh Encik Saiful. Perancangan kewangan amat penting bagi pelajar lepasan diploma ataupun ijazah yang baru mula bekerja kerana ia melibatkan segala kos kewangan termasuk lah pinjaman rumah, pinjaman kereta, pembayaran balik PTPTN dan sebagainya. Encik saiful telah banyak membantu saya dan rakan praktikal lain untuk menguruskan kewangan dalam pada masa yang sama membayar balik hutang pinjaman PTPTN dengan cara yang lebih mudah. Pada waktu petang pula, saya mendapat tugsan baru oleh Encik Zainuddin untuk menghasilkan sebuah video tribute yang simple. Video tersebut dibuat untuk Majlis Pesaraan Ustaz Md Yusof Abdul Rahim yang merupakan timbalan pengarah Pusat Islam di Universiti Sains Malaysia. Saya membuat video tersebut di dalam perisian adobe Premier Pro dan edit gambar di dalam perisian adobe Photoshop Hari ini, saya dan rakan praktikal lain diminta untuk membuat satu pembentangan mengenai Weebly Website di hadapan Pengarah Creative Design House iaitu Profesor Azizi Bahauddin dan juga semua staf. Kami diminta untuk menerangkan berkenaan kerja-kerja yang telah dilakukan sepanjang kami berada didalam Creative Design House dan kami perlu menunjukkan laporan harian kami satu persatu. Pembentangan tersebut bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang, dan kami diminta untuk menyambung pembentangan tersebut pada keesokan harinya kerana 6 orang sahaja yang sempat membuat pembentangan pada hari tersebut. Pada waktu petang pula, Creative Design House telah menganjurkan satu Pertandingan Tenpin Bowling. Kami dipecah kepada 6 kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli kumpulan dan kumpulan saya dianggotai oleh Encik Nazer, Encik Indra dan Yana. Kumpulan saya mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan tersebut. Pertandingan ini dibuat bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar praktikal dan semua staf Creative Design House. |
AuthorNabila Mohammad Archives
April 2017
Categories |