Hari ini Creative Design House (CDH) Universiti Sains Malaysia telah mengadakan pembentangan mengenai kemahiran Reka Bentuk Penjenamaan Produk dan Reka Bentuk Pembungkusan Produk yang disaksikan oleh Pengarah Creative Design House iaitu Prof Azizi Bahauddin dan juga semua staf Creative Design House . Setiap pelajar praktikal diberi peluang untuk membuat pembentangan tersebut dengan menerangkan tentang produk bungkusan yang dipilih. Setiap seorang perlu membentangkan tiga jenis rekabentuk bungkusan yang berbeza untuk di terangkan. Antara kriteria-kriteria produk bungkusan yang disoal adalah Target Audience (Sasaran Pengguna), Sejarah berkenaan dengan produk tersebut, maksud warna yang dipilih, Type Font (Jenis Tulisan), Susunan tulisan pada bungkusan, jenis bahan yang digunakan untuk bungkusan dan rekabentuk produk bungkusan itu sendiri. Pembentangan ini banyak mengajar saya tentang self-confident dan berani berdepan dengan orang lain terutama ketika saya bekerja di syarikat swasta mahupun kerajaan kelak. Pembentangan ini juga berupakan satu bentuk pembelajaran kerana saya dapat belajar mengenai rekabentuk pembungkusan, kenapa sebuah pembungkuan itu penting bagi sesuatu produk yang dipasarkan dqn sebagainya.
Comments
Saya mencari tutorial After Effect di dalam youtube yang menggunakan plugin Element 3D. Saya cuba menghasilkan video logo intro tersebut dan menghasilkan tulisan 3D Logo HP Production. Setelah berpuas hati dengan 3D logo tersebut saya export kepada format .mov untuk dijadikan video. Pada hari yang sama juga, saya dan rakan praktikal yang lain telah membantu Puan Suhaila melipat Brochure untuk program Creative Design House yang bakal dianjurkan.
Saya menyambung menghasilkan video logo intro tersebut, saya memilih untuk menghasilkannya di dalam Adobe After Effect dan menggunakan plugin element 3D kerana lebih mudah dan tidak perlu menggunakan 2 jenis software serta saya memuat naik Pro Shaders 2 Pack, jenis material untuk digunakan dalam element 3D. Selain itu, saya mencari installer Adobe After Effect 2015 kerana ia lebih compatible. Saya mencari idea untuk menghasilkan video tittle card untuk klian Creative Design House. Klian tersebut merupakan syarikat perfileman yang baru ditubuhkan dan meminta CDH untuk menghasilkan logo syarikat tersebut serta menghasilkan video logo intro. Klian meminta logo into tersebut dihasilkan didalam bentuk 3D. Saya membuat beberapa rujukan di dalam youtube untuk menghasilkan video logo intro tersebut. Pada waktu pagi, saya dan rakan praktikal saya diminta untuk menampak kertas putih pada cermin tingkap Pejabat Creative Design House supaya cahaya matahari tidak dapat menembusi. Pada waktu petang pula saya mendapat tugasan baru daripada En Saiful untuk menghasilkan tittle card video (logo intro). |
AuthorNabila Mohammad Archives
April 2017
Categories |