Hari ini saya mula menghasilkan video logo intro HP Production dengan menggunakan kamera model yang sedia ada. Saya mula membuka 3D kamera tersebut menggunakan perisian Autodesk 3D Max, dan saya cuba edit semula model 3D tersebut dan export model tersebut ke format obj. untuk dimasukkan ke dalam perisian Adobe After Effect menggunakan plugin Element 3D.
Comments
Pada hari ini semua staf Creative Design House diminta untuk menyertai kursus kreatif yang dianjurkan oleh Cretive Design House USM kamus Kesihatan dari Kelantan. Kursus tersebut bertajuk "Bengkel Tie & Dye : Contemporary Tie & Dye". Pada sebelah pagi, kami diminta untuk mendengar taklimat dari Puan Faridah Zakiria selaku Ketua Pegawai Design di cawangan Kelantan. Selepas itu kami di minta untuk tolong mereka menyediakan tempat untuk membuat Tie & Dye tersebut. Setiap seorang perlu menghasilkan sekurang-kurangnya satu rekaan Tie & Dye mengikut pilihan corak dan warna sendiri. Saya mula dengan menghasilkan lipatan dan ikatan, saya memilih konsep kipas dan tiga segi. Seterusnya setelah siap mengikat, saya mula membancuh warna pilihan saya dari serbuh warna yang khas untuk tie & dye yang dibawa oleh CDH Kelantan. Hari ini saya menyambung tugasan yang diberi semalam iaitu iklan banner gif. didalam perisian Adobe Flash CC 2017. Encik Siaful menyuruh semua pelajar praktikal berkumpul dan meiminta kami membuat rakam suara yang berbentuk iklan radio bertujuan mempromosikan Creative Design House. Kesemua kami mempunyai watak masing-masing, Afdhal memegang watak sebagai penjual di kedai alat tulis , Syahirah, Aini, Syahila, dan Faizah sebagai pelajar yang datang ke kedai tersebut serta saya dan Nurliyana menjadi suara latar. Setelah siap merakam semua suara, saya diminta untuk menyunting audio tersebut dan membuat video berdasarkan audio tersebut. |
AuthorNabila Mohammad Archives
April 2017
Categories |