Hari kedua di CDH, saya menyambung tugasan merekabentuk poster, banner dan banting untuk program Karnival Pengajian Tinggi Negara 2017 (Jom Masuk U) yang diberikan oleh En Anwar semalam. Setelah siap, saya diminta untuk memberikan design poster tersebut kepada En Anwar semula melalui google Drive. Seterusnya pada waktu petang, saya dan rakan-rakan menjalani sesi fotografi untuk gambar korporat Creative Design House dan penerangan tentang cara penggunaan kamera, alatan-alatan serta pencahayaan oleh En. Anwar. Saya dan rakan praktikal yang lain telah ditugaskan untuk mengambil gambar setiap orang dengan gaya korporat dan juga bebas. Sebelum memulakan sesi bergambar, Encik Anwar telah menerangkan sedikit sebanyak tentang cara penggunaan kamera yang digunakan iaitu kamera DSLR NIKON. DSLR bermaksud ( Digital Single Lens Reflex ) , Encik Anwar menerangkan tentang tiga elemen penting dalam pengunaan kamera DSLR tersebut iaitu Shutter Speed, Aperture dan ISO.
Thank You and Don't Forget to LIKE ^_^
Comments
|
AuthorNabila Mohammad Archives
April 2017
Categories |