Hari ini, saya dan rakan praktikal lain diminta untuk ke bilik mesyuarat dan kami diberikan penerangan tentang perancangan masa hadapan dan cara untuk menguruskan kewangan apabila mula bekerja oleh Encik Saiful. Perancangan kewangan amat penting bagi pelajar lepasan diploma ataupun ijazah yang baru mula bekerja kerana ia melibatkan segala kos kewangan termasuk lah pinjaman rumah, pinjaman kereta, pembayaran balik PTPTN dan sebagainya. Encik saiful telah banyak membantu saya dan rakan praktikal lain untuk menguruskan kewangan dalam pada masa yang sama membayar balik hutang pinjaman PTPTN dengan cara yang lebih mudah. Pada waktu petang pula, saya mendapat tugsan baru oleh Encik Zainuddin untuk menghasilkan sebuah video tribute yang simple. Video tersebut dibuat untuk Majlis Pesaraan Ustaz Md Yusof Abdul Rahim yang merupakan timbalan pengarah Pusat Islam di Universiti Sains Malaysia. Saya membuat video tersebut di dalam perisian adobe Premier Pro dan edit gambar di dalam perisian adobe Photoshop Thank You and Don't Forget to LIKE ^_^
Comments
|
AuthorNabila Mohammad Archives
April 2017
Categories |