Pada waktu pagi, saya dan rakan-rakan membantu En. Indra melipat dan melekat packaging pendrive untuk projek Spice Arena, Penang. Setelah selesai menyiapkan packaging pendrive tersebut kami diminta untuk menyusun dan mengira semula packaging supaya tidak ada yang tercicir dan kiraan packaging sebanyak 200 kotak packaging. Selepas itu, En. Azeem memanggil saya untuk berjumpa, beliau memilih design membership card CDH saya dan meminta saya menyubah sedikit kedudukan dan tulisan pada design card. Setelah siap, beliau menyuruh saya mencetak keluar design membership card tersebut dalam saiz asal kad dan beri kepada beliau. Pada waktu petang pula, saya dipanggil untuk berjumpa dengan En Saiful di pejabatnya. Beliau melihat webblog yang saya hasilkan dan meminta saya memperbetulkan ejaan pada penulisan blog saya dan tajuk. Selain itu beliau meminta saya mengubah pages artwork CDH seperti memecahkan setiap design menjadi beberapa kategori supaya pengunjung lebih senang untuk melihat dan mengetahui kerja-kerja yang saya hasilkan di CDH. Thank You and Don't Forget to LIKE ^_^
Comments
|
AuthorNabila Mohammad Archives
April 2017
Categories |