Pada hari ini, semua pelajar praktikal diminta untuk berjumpa dengan Encik Saiful dan berbincang tentang projek akhir yang bakal di buat pada tahun akhir nanti. Selain itu, saya juga membuat beberapa rujukan untuk menghasilkan kad raya dan membuat beberapa rekabentuk kad raya yang menggambarkan Universiti Sains Malaysia. Pada hari ini juga, Puan Julina selaku pensyarah Rekabentuk Dan Teknologi Media Baru datang ke Creative Design House untuk membuat pantauan keadaan pelajar praktikal Media Baru. Belau membuat pantauan dengan melihat keadaan saya dan rakan praktikal, Faizah dan meminta kami menceritakan tentang skop kerja yang kami hasilkan sepanjang di Creative Design House serta beliau juga ada berbincang mengenai saya dan Faizah dengan supervisor masing-masing. Thank You and Don't Forget to LIKE ^_^
Comments
|
AuthorNabila Mohammad Archives
April 2017
Categories |