Hari ini saya menyambung tugasan yang diberi semalam iaitu iklan banner gif. didalam perisian Adobe Flash CC 2017. Encik Siaful menyuruh semua pelajar praktikal berkumpul dan meiminta kami membuat rakam suara yang berbentuk iklan radio bertujuan mempromosikan Creative Design House. Kesemua kami mempunyai watak masing-masing, Afdhal memegang watak sebagai penjual di kedai alat tulis , Syahirah, Aini, Syahila, dan Faizah sebagai pelajar yang datang ke kedai tersebut serta saya dan Nurliyana menjadi suara latar. Setelah siap merakam semua suara, saya diminta untuk menyunting audio tersebut dan membuat video berdasarkan audio tersebut. Thank You and Don't Forget to LIKE ^_^
Comments
|
AuthorNabila Mohammad Archives
April 2017
Categories |