Hari ini, saya dan rakan praktikal lain diminta untuk membuat satu pembentangan mengenai Weebly Website di hadapan Pengarah Creative Design House iaitu Profesor Azizi Bahauddin dan juga semua staf. Kami diminta untuk menerangkan berkenaan kerja-kerja yang telah dilakukan sepanjang kami berada didalam Creative Design House dan kami perlu menunjukkan laporan harian kami satu persatu. Pembentangan tersebut bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang, dan kami diminta untuk menyambung pembentangan tersebut pada keesokan harinya kerana 6 orang sahaja yang sempat membuat pembentangan pada hari tersebut. Pada waktu petang pula, Creative Design House telah menganjurkan satu Pertandingan Tenpin Bowling. Kami dipecah kepada 6 kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli kumpulan dan kumpulan saya dianggotai oleh Encik Nazer, Encik Indra dan Yana. Kumpulan saya mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan tersebut. Pertandingan ini dibuat bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar praktikal dan semua staf Creative Design House. Thank You and Don't Forget to LIKE ^_^
Comments
|
AuthorNabila Mohammad Archives
April 2017
Categories |