Hari pertama menjalani latihan industri di Creative Design House (CDH) bertempat didalam Universiti Sains Malaysia. Aktiviti pertama dibuat ialah sesi pengenalan keseluruhan jabatan diperkenalkan oleh En. Azeem dan En. Saiful Haizad selaku Operation Manager / Head of Design Office di Creative Design House. Seterusnya saya diberi taklimat tentang latar belakang CDH, penerangan tentang peranan, tanggungjawab, rangkaian dan hubungkait CDH dengan USM. Disamping itu, Prof. Azizi Bahauddin juga menerangkan sedikit sebanyak berkenaan dengan Creative Design House di kampus Induk dan juga Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian Kelantan. Creative design House telah di ketuai oleh seorang Pengarah (Director) iaitu Prof. Azizi Bahauddin di Cretive Design House (CDH), Encik Saiful Haizad Ahamad Jainid selaku Pengurus Operasi / Ketua Pegawai Design (Operation Manager/ Head of Design Officer). Beberapa orang Staff Ketua Reka Bentuk (Design Leader) iaitu Encik Azrie Azeem Ab Wahab, Encik Adli Hanafi Azmi , Encik Nurul Anwar Ibrahim, Encik Muhammad Indera Azhar dan juga Encik Zainudin Salman. Staff designer pula terdiri daripada Encik Abd. Haris Harun, Puan Afzan Yahya, Encik Mohamad Zaidi Jaini, Encik Mohammad Nazer Abdul Hadi, Encik Muhammad Hafiz, Puan Suhaila Bakar, dan Puan Nadia Syazrina Jamal. Creative Design House juga mempunyai dua orang pembantu tadbir (Administrative Assistant) iaitu Puan Zurina Amir Burhanuddin dan juga Cik Marlina Jaafar. Seterusnya saya dibawa meneroka ruang dalam CDH dan berkenalan dengan staff-staff CDH yang sporting. Selepas itu, saya dibenarkan untuk memilih tempat duduk (work station) mengikut keselesaan saya.
Seterusnya , saya diberi tugasan pertama oleh En. Anwar untuk membuat design untuk poster Karnival Pendidikan Tinggi Negara. Thank You and Don't Forget to LIKE ^_^
Comments
|
AuthorNabila Mohammad Archives
April 2017
Categories |