Hari ini saya mendapat tugasan baru dari Encik Zainuddin untuk menghasilkan iklan banner yang berformat gif. untuk diletakkan didalam website Creative Design House. Saya menghasilkan iklan tersebut didalam perisian Adobe Flash kerana ianya boleh simpan didalam format gif. Saya mula menyusun atur iklan banner tersebut didalam Adobe Flash dan Mula 'animate' ikon-ikon perkhidmatan tersebut.
Comments
Pada hari ini, semua pelajar praktikal diminta untuk berjumpa dengan Encik Saiful dan berbincang tentang projek akhir yang bakal di buat pada tahun akhir nanti. Selain itu, saya juga membuat beberapa rujukan untuk menghasilkan kad raya dan membuat beberapa rekabentuk kad raya yang menggambarkan Universiti Sains Malaysia. Pada hari ini juga, Puan Julina selaku pensyarah Rekabentuk Dan Teknologi Media Baru datang ke Creative Design House untuk membuat pantauan keadaan pelajar praktikal Media Baru. Belau membuat pantauan dengan melihat keadaan saya dan rakan praktikal, Faizah dan meminta kami menceritakan tentang skop kerja yang kami hasilkan sepanjang di Creative Design House serta beliau juga ada berbincang mengenai saya dan Faizah dengan supervisor masing-masing. Pada hari ini, saya diminta untuk menyunting semula video intro untuk Creative Design House Universiti Sains Malaysia. Saya mengubah warna latarbelakang warna hitam kepada warna putih bagi menampakkan video tersebut kemas dan lebih menarik. Encik Saiful meminta saya memasukkan video galaksi sebelum logo CDH muncul dan saya menggabungkan video tersebut dengan video intro logo CDH. Saya memilih menyunting video tersebut dengan menggunakan perisian Adobe Premier Pro. Setelah siap saya export video tersebut didalam format mp4. Seterusnya saya memberi video intro tersebut kepada Encik Nazer untuk dimasuk ke dalam video interview pelajar praktikal sebagai intro. Hari ini saya mendapat tugasan baru yang diberikan oleh Encik Saiful iaitu menghasilkan sebuah video intro logo Creative Design House Universiti Sains Malaysia untuk dimasukkan ke dalam setiap video yang dihasilkan oleh CDH serta dapat memperkenalkan Creative Design House itu sendiri. Saya menghasilkan logo tersebut didalam reka bentuk 3 dimensi (3D). Saya menghasilkan logo tersebut didalam perisian Adobe After Effect menggunakan plugin Element 3D. Hari ini saya mengemaskini laporan harian saya di website weebly dan di dalam buku laporan sepanjang berada di Creative Design House.
|
AuthorNabila Mohammad Archives
April 2017
Categories |