Saya membantu En Nazer membuat slide powerpoint presentation agar lebih menarik seperti menambah infographic dan warna pada slide. Slide tersebut perlu dihantar pada hari yang sama sebelum 4.30 petang. Selain itu, saya juga mengemas kini web blog saya.
Comments
Membuat rekabentuk tshirt CDH dan Tshirt USM untuk tujuan ecommerce CDH. Selain itu saya menonton beberapa tutorial di youtube dan mencari beberapa gambar design tshirt yang menarik dan mengikut trend terkini sebagai rujukan saya. Saya menyambung edit photo double exposure dan setelah siap saya memuat naik kedalam web blog saya sebagai header pada web blog. Selain itu saya juga update laporan harian yang saya terlepas dan menyusun semula gambar-gambar yang ada pada laporan tersebut. Pada waktu petang pula saya ke klinik pakar Ortordontik yang bertempat di Permatang Pauh pada pukul 3 petang sehingga 5 petang.
Saya menyambung semula menghasilkan rekabentuk tshirt USM. Selain itu, saya juga ada menonton beberapa tutorial di Youtube dan mencuba teknik yang di ajar seperti membuat double exposure pada gambar menggunakan Adobe Photoshop.
Saya menyambung merekabentuk tshirt USM untuk ecommerce CDH dan membuat beberapa kajian tentang rekabentuk tshirt trend terkini. Selepas itu, saya dan rakan diberi tugasan untuk membantu En Adli melipat broucher untuk program Siri Syarahan Umum Pelantikan Profesor yang bakal berlangsung pada 15 Mac 2017 bertempat di Dewan Budaya , USM. Broucher tersebut mempunyai 600 helai, saya dan rakan-rakan melipat 300 keping dahulu kerana 300 keping lagi broucher belum dicetak keluar oleh En Adli. |
AuthorNabila Mohammad Archives
April 2017
Categories |