Saya dan rakan-rakan CDH diminta untuk berkumpul di ruang mesyuarat dan kami diberi penerangan tentang program Perutusan Tahunan Naib Canselor 2017. CDH ditugaskan untuk edit slide powerpoint naib canselor Profesor Datuk Asma Ismail. Slide powerpoint tersebut mempunyai 107 slide untuk di edit. Seterusnya kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan saya ditempatkan dibawah kumpulan 2 yang diketuai oleh En. Adli Hanafi dan beberapa orang staff CDH iaitu En. Nazer, Pn. Suhaila dan Pn. Afzan. Kumpulan 2 diminta untuk edit slide 19 sehingga 54. Oleh itu, En. Adli membahagikan slide yang kami terima dan saya diminta untuk edit slide 33 sehingga 40 dengan menambah imej grafik dan gambar-gambar USM supaya nampak lebih menarik. Setiap font perlu ditukarkan kepada Arial dan setiap tajuk perlu dibesarkan minimum saiz 24. Selain itu, saya diminta untuk menghantar link web blog kepada semua staff CDH untuk review melalui email. Saya menghantar rekabentuk 'Membership Card CDH' yang telah siap kepada En. Saiful melalui email beliau. Thank You and Don't Forget to LIKE ^_^
Comments
|
AuthorNabila Mohammad Archives
April 2017
Categories |