Saya menyiapkan bungkusan kain batik tersebut dan print out mockup yang telah saya hasilkan dalam perisian Adobe Illustrator. Saya menggunakan konsep yang bercorakkan batik itu sendiri. Pada petang hari pula saya membantu staff Creative Design House mengaihkan frame info ke bilik belakang CDH.
Comments
Harini saya menyambung menghasilkan pembungkusan untuk kain batik dan saya juga membuat beberapa design untuk pembungkusan tersebut. Selain itu saya membantu rakan praktikal saya menghasilkan ayat kufi di atas perspek lutsinar dan menyembur cat pada perspek tersebut mengikut warna yang mereka pilih. Pada hari ini saya mula menghasilkan beberapa rekabentuk pembungkusan. Saya membuat beberapa jenis mockup untuk melihat kesesuaian untuk pembungkusan kain batik. Saya memilih pembungkusan yang berbentuk segi empat sama kerana ingin memberikan kelainan pada pembungkusan kain batik serta saya juga membuat rekabentuk bungkusan jenis beg kertas supaya ia senang untuk dibawa ke mana saja tanpa perlu menggunakan beg lain lagi. Hari ini saya sambung edit 3D modeling Lense di dalam After Effect menggunakan plugin Element 3D. Selain itu, saya ada membuat beberapa rujukan untuk menghasilkan rekabentuk pembungkusan untuk kain batik yang bersesuai. Hari ini saya menyambung menyunting title cut (logo intro) untuk HP Production. Saya memilih untuk membuat lense kamera di dalam adobe After Effect cc 2015 dengan menggunakan plugin Element 3D. Selain itu saya juga mencari beberapa gambar rujukan untuk menghasilkan rekabentuk pembungkusan table runner yang di tugaskan oleh Encik Indra. Tugasan tersebut perlu dihantar kepada beliau pada 10 April 2017 (Jumaat) ini. |
AuthorNabila Mohammad Archives
April 2017
Categories |