Saya dan semua staff CDH diminta untuk menghadirikan diri ke Program Perutusan Tahunan Naib Canselor 2017 yang diadakan pada 14 Februari 2017 bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), Universiti Sains Malaysia. Program Tahunan Naib Cancelor tersebut berakhir pada waktu tengah hari, seterunya saya dan rakan-rakan lain terus beransur pulang ke pejabat CDH dan saya mula membuat beberapa kajian untuk mencari idea-idea yang menarik bagi menghasilkan rekabentuk sijil penghargaan CDH dan sijil kehadiran CDH yang ditugaskan oleh En. Saiful tempoh hari.
Comments
Saya mendapat tugasan baru daripada En Zainudin untuk edit slide iCGPA dengan menambah imej grafik dan mengubah warna objek dan kotak supaya nampak lebih menarik dan tidak hambar. Slide tersebut perlu dihantar pada hari yang sama sebelum 4.30 petang.
Saya dan rakan-rakan CDH diminta untuk berkumpul di ruang mesyuarat dan kami diberi penerangan tentang program Perutusan Tahunan Naib Canselor 2017. CDH ditugaskan untuk edit slide powerpoint naib canselor Profesor Datuk Asma Ismail. Slide powerpoint tersebut mempunyai 107 slide untuk di edit. Seterusnya kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan saya ditempatkan dibawah kumpulan 2 yang diketuai oleh En. Adli Hanafi dan beberapa orang staff CDH iaitu En. Nazer, Pn. Suhaila dan Pn. Afzan. Kumpulan 2 diminta untuk edit slide 19 sehingga 54. Oleh itu, En. Adli membahagikan slide yang kami terima dan saya diminta untuk edit slide 33 sehingga 40 dengan menambah imej grafik dan gambar-gambar USM supaya nampak lebih menarik. Setiap font perlu ditukarkan kepada Arial dan setiap tajuk perlu dibesarkan minimum saiz 24. Selain itu, saya diminta untuk menghantar link web blog kepada semua staff CDH untuk review melalui email. Saya menghantar rekabentuk 'Membership Card CDH' yang telah siap kepada En. Saiful melalui email beliau. Saya dan rakan-rakan diminta untuk menunjukkan blog yang telah kami hasilkan kepada En Saiful di bilik mesyuarat dan memperbetulkan kesalahan pada blog saya. Saya diminta untuk melengkapkan blog dan laporan harian latihan industri saya pada 10 Februari 2017. Seterusnya saya membantu En Anwar dan En Nazer untuk sesi photoshot pelajar Latihan Industri sebagai 'stock photo' CDH. Pada waktu petang, saya membuat 3 design untuk Membership Card CDH dan saya diminta untuk menghantar design membership card tersebut melalui email kepada En Saiful pada 10 Februari 2017 (Jumaat). |
AuthorNabila Mohammad Archives
April 2017
Categories |